MAAFKAN KAMI BAITULMAQDIS
Maafkan kami Baitulmaqdis..
Rakyat Malaysia terlalu sibuk dengan pelbagai isu sehingga terlupa Kota suci umat Islam kini secara rasmi dah jadi Ibu kota Israel laknatullah.
Maafkan kami Baitulmaqdis..
Jangan bicara tentang boikot. Boikot kami hanya boikot bermusim. McD baru iklankan ayam spicy "kruk kruk", dah macam orang kemaruk tak pernah dapat makan ayam 10 tahun punyalah kami serbu. Hebat bukan cara kami boikot.
Maafkan kami Baitulmaqdis
Jangan seru kami untuk bersatu. Sejujurnya kami tak mampu. Cerita hal rumahtangga artis pun boleh bertekak. Belum cerita bolasepak dengan politik, itu lagi confirm gaduh besar. Tak payah la cerita pasal syahid, kami bukan kisah. Kalau cerita artis baru kahwin masuk bilik air pun rindu, mahulah kami layan. Mahulah kami Viralkan.
Maafkan kami Baitulmaqdis..
Jangan tanya apa kerajaan kami buat. Pemimpin kami hebat. Sungguh berani membantah. Begitu lantang bantahanya sehingga bergoyang tiang PWTC. Bangga nya kami tidak terkira, tapi sayang.. nak usir kedutaan US pun tak mampu apatah lagi nak turut memalu genderang perang membantu mu. Hebat bukan kerajaan kami.
Maafkan kami Baitulmaqdis..
Jangan bicara tentang perjuangan.
Kerana kami insan yang lemah dan Penakut. Nak laungkan seruan protes di media pun kami tak mampu apatah lagi nak angkat senjata. Angkat tong gas pun minta bangla hantarkan lagi nak sembang hal perjuangan. Hanya 1 Kami mampu... scroll media sosial, selfi, update status dan tunggu like. Inilah perjuangan murni kami.
Maafkan kami Baitulmaqdis.
Sumber : Cikgu Arif
Post a Comment Blogger Facebook